Bengkel Klik Dengan Bijak bersama Kelab Komputer SMK Sri Matang
28 Januari 2016 | Aktiviti TerkiniBengkel Klik Dengan Bijak bersama Kelab Komputer SMK Sri Matang telah diadakan pada 27 Januari 2016 bertempat di Makmal Komputer 1, SMK Sri Matang. Bengkel tersebut telah dianjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Telaga Air dan dibantu oleh Pusat Internet 1 Malaysia Serasot dan Pusat Internet 1 Malaysia Bako. Tujuan bengkel tersebut adalah untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet), mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain, memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri. Antara aktiviti yang diadakan ialah taklimat Klik Dengan Bijak dan kuiz Klik Dengan Bijak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: